Pages

Sunday, November 4, 2012

TIP BELI RUMAH

Jangan jadi seperti saya. Pengalaman saya beli rumah pertama pada tahun 2001 ini boleh dijadikan pengajaran. Jenis rumah tu memang baik iaitu Semi D 1 Tingkat luas tanah 45x80. Harga pun tak mahal, RM113,000 sahaja. Lokasi pula dekat dengan kampung orang tua saya dan tak jauh dengan bandar. Hadapannya padang pula. Itu yang buat saya teruja membeli tanpa berfikir panjang. Kesilapan saya ialah buat keputusan beli rumah tersebut walaupun mengetahui projek perumahan berkenaan ada masalah. Saya mengandaikan biarpun projek itu slow dan ada masalah, ia tetap akan siap kerana pemaju sedang berunding dengan syarikat lain untuk mengambil alih dan meneruskannya. Akhirnya tindakan saya ini menerima balasan apabila CF lambat dikeluarkan dan gaji saya telah dipotong sebanyak RM728 sebulan. Rumah tak dapat duduk atau jual tapi duit dah kena potong. Ini adalah kesilapan besar saya. Walaupun rumah itu siap juga dan sekarang dah ramai penghuni dalam taman tersebut, tapi jumlah potongan saya telah mencecah RM34,000 sedangkan saya tak dapat duduk, sewa atau jual dalam tempoh terbengkalai itu. Memang saya boleh tuntut denda kelewatan tu, tapi tak semudah itu nak tuntut duit dari pemaju. Nanti saya akan cerita kes ini yang masih berjalan di mahkamah. Kesimpulan: Pastikan pemaju yang baik, projek yang baik.

No comments:

Post a Comment

Komen dan pertanyaan sangat dialu-alukan.