Pages

Saturday, December 29, 2012

REFINANCE RUMAH

Hari ni saya nak cerita pasal refinance rumah sebab sekarang saya dalam proses berbuat demikian. Persoalnnya sekarang, apa perlu refinance. Jawapannya ada 3. Pertama untuk dapatkan loan yang lebih baik untuk penjimatan interest atau keuntungan bank, maksudnya jumlah keseluruhan bayaran kuran. Kedua untuk mengurangkan jumlah ansuran bulanan, mungkin ansuran sebelum ini tinggi, tak mampu, cash flow negatis, so, ada keperluan tersebut. Ketiga untuk dapatkan cash. Apabila kita buat refinance kita boleh dapat duit untuk kegunaan suka hati kita. Tapi kena pandai guna duit tu, kalau tak, tak guna kita refinance sebab ansuran mungkin tinggi sedikit. Berapa cash yg kita dapat adalah loan kita ikut market value tolah baki hutang. Itu kiraan kasar. Biasa loan dalam 80-90% dari MV. Yang ke3 ni lah yg saya buat. Duit tu boleh kita invest di tempat lain. Satu lagi untuk tujuan ini jangan kita guna loan kaedah Bai' Bithaman Ajil, gunalah MUsyarakah Mutanaqisah (MM)iaitu flexi loan cara Islam. Ia sangat baik jika kita pandai handle account kita. Next post akan sy explain.

Tuesday, December 4, 2012

TIP BELI RUMAH 2

Sebelum beli rumah, antara perkara yang perlu diambil kira: HARGA DAN KEMAMPUAN Dua perkara ni tak dapat dielakkan. Kata orang ukur kain di badan sendiri. kalau hanya mampu beli rumah teres 1 tingkat, jangan pula kita beli rumah 2 tingkat. Panduan yang diberikan oleh pakar kewangan ialah jumlah ansuran bulanan mestilah tidak lebih 1/3 daripada gaji kita. Ini kerana ada banyak lagi perbelanjaan lain yang perlu diambil kira dala bajet kita.