Pages

Wednesday, November 7, 2012

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Semalam lawyer saya ke Mahkamah Putrajaya untuk bicara kes tuntutan penalti lewat serah rumah. Kes ini dah berlarutan hampir 5 tahun sejak CF diperoleh pada 2007. Sebelum ini beberapa kali saya ke perbicaraan TTPR Zon Selatan di Johor Bahru dan akhirnya Presiden TTPR telah mengeluarkan award di mana pemaju kena bayar saya dalam RM38,000. Rasa seronok bila dapat surat tu. Rupa-rupanya bukan senang nak dapat duit. Pemaju merayu ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Baru tahu macam ni rupanya kes mahkamah. Ingatkan dah boleh dapat duit. Bolehlah bayar hutang sebab masa tu memang tahun-tahun sukar bagi saya. Gaji dah potong RM728, rumah baru pula ansuran masa tu RM1427. Memang rasa teruk sangat masa tu. Banyak kali nak bayar kad kredit, keluarkan duit guna kad tu (withdraw cash bayar minimun). Berbalik kpd rumah terbengkalai tadi, sesiapa yg terlibat jgn lupa membuat tuntutan denda lewat serah rumah melalui TTPR. Murah, mudah dan cepat. Sila klik link Tribunal di sebelah.

Sunday, November 4, 2012

TIP BELI RUMAH

Jangan jadi seperti saya. Pengalaman saya beli rumah pertama pada tahun 2001 ini boleh dijadikan pengajaran. Jenis rumah tu memang baik iaitu Semi D 1 Tingkat luas tanah 45x80. Harga pun tak mahal, RM113,000 sahaja. Lokasi pula dekat dengan kampung orang tua saya dan tak jauh dengan bandar. Hadapannya padang pula. Itu yang buat saya teruja membeli tanpa berfikir panjang. Kesilapan saya ialah buat keputusan beli rumah tersebut walaupun mengetahui projek perumahan berkenaan ada masalah. Saya mengandaikan biarpun projek itu slow dan ada masalah, ia tetap akan siap kerana pemaju sedang berunding dengan syarikat lain untuk mengambil alih dan meneruskannya. Akhirnya tindakan saya ini menerima balasan apabila CF lambat dikeluarkan dan gaji saya telah dipotong sebanyak RM728 sebulan. Rumah tak dapat duduk atau jual tapi duit dah kena potong. Ini adalah kesilapan besar saya. Walaupun rumah itu siap juga dan sekarang dah ramai penghuni dalam taman tersebut, tapi jumlah potongan saya telah mencecah RM34,000 sedangkan saya tak dapat duduk, sewa atau jual dalam tempoh terbengkalai itu. Memang saya boleh tuntut denda kelewatan tu, tapi tak semudah itu nak tuntut duit dari pemaju. Nanti saya akan cerita kes ini yang masih berjalan di mahkamah. Kesimpulan: Pastikan pemaju yang baik, projek yang baik.

Thursday, November 1, 2012

SOAL RUMAH

Rumah atau tempat tinggal adalah salah satu keperluan asas manusia. Maka saya terpanggil dan teruja untuk menghasilkan blog tentang rumah, hartanah lain dan yang berkaitan dengannya. Semoga ia dapat memberi info yang bermanfaat kepada semua. Fokus saya ialah info hartanah yang asas dan pentengahan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya. Mungkin ada yang nak tahu cara memohon pinjaman kerajaan, bank apa yang terbaik, rumah terbengkalai, pelaburan hartanah dan sebagainya.